Ikuti Blog ini

Friday, July 4

Ramadan 1435 Hijrah

Sempena Ramadan yang mulia ni berazam nak masak la pulak...
Maklumlah ramadan yang lepas asyik beli je...
Setakat ni alhamdulillah , balik rumah tu sempatlah masak ala kadar..
cukuplah untuk mengisi perut..
banyak2 sangat pun takut membazir ye tak


Ayam masak lemak, nuget + hotdog n kuih2

ikan singgang, popcorn ayam + hotdog, bubur kacang durian n kuih2

soto ayam n nasi impit
ikan masak kicap n kuih2

lepas ni kelaut ke erk azam nak memasak ni? Hehehhe
Tunnggu...

"Andai ini ramadahn aterakhir moga ia diberkati dan membawa berkat buatku hendaknya"

Thursday, July 3

3 Julai 2014

 
 

Wednesday, July 2

2 Julai 2014

   




Tuesday, July 1

1 Julai 2014

 
 
 
 

 

Monday, June 16

16 Jun 2014


Sunday, June 1

1 Jun 2014

  




Saturday, May 31

31 Mei 2014

  





Tuesday, September 3

ALhamdulillah...


Dah Naik berhabuk dan bersawang dah blog nih....

Ogos 2013...
Banyak tercatat Kisah Suka.. Syawal yang diraikah selepas sebulan berpuasa..
Hari Lahir Irfan yang ke 3 Tahun pada 6 Ogos dan juga hari Lahir IHsan yang pertama pad a1 Ogos..


Alhamdulillah Terima Kasih Ya ALLAH

BegituJUga telah berjaya mencapai satu impian...
Alhamdulilah..

Untuk berjaya kita perlu 'downgrade' diri kita kan?
InsyaALLAh akan berusaha ke arah itu demi mencapai beberapa lagi impian dan harapan...

Bantulah dan berilah kekuatan padaku YA ALLAH




~RAR~ Bersederhana Membawa Ceria

Saturday, February 9

Peraduan Sikecikku Comel & Manja (Sticky Post)

Untuk semua kawan2 jom join contest nih ye








Hadiah utama merupakan sebuah Photobook

Selamat menyertai dan semoga berjaya ye


Friday, November 9

Hati Mula Merindu

     

Hari tu lepas je suami pergi keje
Hati mula terasa sangat sayu
sebak sentiasa menjenguk jiwa
maka ummi terus bawak anak2 balik kampung
sebab takut anak2 tercari2 abah dia
dalam masa yang sama lepas hantar suami diri rasa macam nak demam
tak tahu kenapa
tak pernah rasa macam ini sebelum ini

Ummi rasa bersyukur sangat sebab masa tu adalah mengadu pada beberapa rakan
mereka memberikan kata2 semangat buat ummi
tenang seketika rasa hati

beberapa hari di kampung terasa tenang la juga
tengok anak2 dah ok
ummi decide balik umah sendiri
bila balik umah sendiri
hati tetap teringat2 pada suami
namun, dalam kelekaan menguruskan anak2 dapatla mengubati rasa rindu di jiwa

Entahlah 
mungkin sebab sebelum ini dijaga dengan baik oleh suami
ialah baru habis pantang
dalam pantang suami yang masak
suami juga yang mandikan anak2
so sekarang semua ummi yang buat
jadi sedikit sebanyak hati terasa jua

Terima kasih yang teramat sangat buat suamiku yang tersayang
insyaALLAH ummi akan mula biasa hidup dengan anak2
Ialah Suami pergi mencari rezeki demi kami anak2
sayu rasa bila suami nyatakan
"sabarlah, abang pun sedih jugak"

Ayang doakan yang terbaik buat abang






Me: Semoga ALLAH mempermudahkan rezeki kami sekeluarga

Friday, November 2

Jaga Diri Suamiku

 
2 November 2012
Suami harus kembali bertugas
Entah mengapa kali ini
hati merasa terlalu sebak dan pilu
Tidak seperti sebelum2 ini
Aku mudah menghadapinya
Mungkin kerana telah lama suami ada disisi
 
Satu Lagi Naufal dah makin bijak dan boleh bercakap sikit2
Tadi sampai sahaja d rumah
Naufal terus buka pintu bilik dan carik abah dia
Bile tak jumpa dia terus naik atas
Bila turun tu dia terus g kat ummi n cakap
"ummi, abah do" maksudnya dia caka abah tido
dengan sayu ummi cakap la abah dah g keje sayang
Dia pun terangguk angguk macam faham

 abah n anak2

 abah cakap kat ihsan abah dah nak g keje

masa hantar suami g keje



me: Jaga diri sayang...

Monday, October 22

Tonton Adam & Hawa

Jalan Jalan Blog terjumpa pulak link nak tonton drama adam dan hawa nih
So Klik Adam & Hawa untuk tonton ok



Selamat Menonton..


Sunday, October 14

Hati Yang Kecewa

  

Tiada Manusia Yang Sempurna di Dunia ini
Adakalanya berbagai rasa yang menjelma
Entah mengapa ada rasa sayu yang menjelma

YA ALLAH berilah kekuatan kepada hatiku ini
Tabahkan diriku



Saturday, October 13

Pet Pet Malaysia Day Celebration Contest



Hari tu ummi ada menyertai pertandingan Malaysia Day Contest
Pertandingan ni utk mummy yang melahirkan baby ogos n september
So ummi saje2 la join

Syarat dia hantar gambar n buat satu slogan
Hadiah dia macam kat bawah nih


Alhamdulillah dengan izin ALLAH ummi menang bagi minggu ke2
Rasa sangat bersyukur dan seronok sangat..


Ihsan dengan hadiah dari Pet Pet

Hadiah yang dah selamat sampai

Inilah  hadiah yang kami dapat

Alhamdulillah terima kasih YA ALLAH

ummi seronoook sgt2...


Me: Syukur Ya ALLAH

Terima Kasih Suamiku

   

Cepat je masa berlalu kan?
Dah 44 hari Ummi melahirkan Ihsan rupanya
Hari ni habislah pantang
Kali ni 2 minggu sahaja duduk di kampung
Lepas tu terus balik umah
Suami yang jaga
pada mulanya risau juga
tapi dah suami nak jaga ummi ikut ajela
Terima kasih suamiku sebab jaga ayang masa dalam pantang nih
Abang masak untuk ayang
sedap abang masak....
abang mandikan bby
sampai ari nih ummi belum pernah mandikan ihsan lagi
abang berkemas rumah...
Hati rasa terharu dengan pengorbanan suami
Terima kasih yang tidak terhingga buat abang
kerana menjaga ayang dengan sebaiknya....
terima kasih kerana sudi jaga ayang dengan sebaiknya
 
Ayang doakan segala yang terbaik buat abang
Semoga kebahagiaan akan menjadi milik abang
terima kasih suamiku
3 buah Hati Ummi

Saturday, September 29

Sayang Adik..........

 
 
Chomel jer tengok dua beradik ni tido sesama...
biasalah walaupun Naufal suke menyelit kat adik dia
tapi Ummi tau dia sayang adik dia
 
Tapi pix nih ummi yang letak Ihsan sebelah Naufal,
Si Naufal x sedar..
Akekekke
 
Cayang abang
 
me: anak2

Friday, September 28

Ummi Tolong Ihsan......

Alahai
Sejak ada 2 anak nih
dah macam2 ragamnye.. Huhuhu
 
Si Naufal bukanlah mengacau sgt tapi dia suke sangat menyelit kat adik dia
 
Tengoklah apa yang Naufal buat kat Ihsan nih...
 
ADik jom main tembak2 nak... Akekeke
 
Me: Ngeri jugak, takut dibalingnya senapang tu kat adik dia
 

Tuesday, September 18

Hadiah Buat Ihsan #2

dari darda
  

Alhamdulillah
Kawan2 ummi n abah datang menziarah Ihsan
Ada la yang bawak hadiah untuk Ihsan

Pemberian auntie lily hafiza

Pemberian uncle safarin n wife

Pemberian uncle firdaus n wife

pemberian auntie nadia onif


Dari auntie Azie

Dari Paktih Khayarudin n wife
 
 Ummi mewakili Ihsan nak ucapkan terima kasihlah pada yang sudi bagi hadiah pada bb Ihsan

Ummi juga nak ucapkan terima kasih pada yang bg duit kat Ihsan
 
family: makngah zamnah, maklang azma, maklong zaimah, Tok Tam
 
Kawan opis ummi: auntie mira, auntie Ginnie, auntie muza, uncle ashraff, uncle hasnan, uncle ruslan, auntie zuraidah, auntie zainab, auntie ardzua
 
jiran: pakcik latiff n wife

 kawan2 ummi: bonda faziena, auntie zurina

me: Tq semua
 
 

Saturday, September 15

Ihsan kena Kuning

    


Hari tu hari kelima
Nurse datang umah di kampung
Nurse minta pergi klinik ambil darah untuk cek kuning Ihsan

Masa cek tu didapati kuning Ihsan 253
so kenala masuk wad
ummi dan ihsan pun masukla wad
nasib baik ada katil, bolehla ummi jaga ihsan di Hospital Kuala Pilah

Kasihan juga tengok Ihsan
Mula2 ihsan tak nak duduk bawah lampu 
tapi lama2 okla sikit

Ihsan ditahan semalam sahaja
keesokkan harinya kami dah dibenarkan pulang
lega rasanya
Tapi sebenarnya masa sampai kat Hospital bila cek Kuning Ihsan tak tinggi pun 217 je
tapi sebab Klinik Kesihatan Johol dah keluarkan surat admit wad so kene la juga duduk wad
tu yang duduk semalam je

penat sebenarnya duduk wad kan?
tapi demi kesihatan ummi x kisah
Yang penting Ihsan sihat

bawah lampu

Kene Pakai Spek

Me: semoga Ihsan membesar dengan sihat


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...