Ikuti Blog ini

Sunday, October 23

Hanya Yang Mengalami Akan Memahami

Hati ini dilanda sebak apabila mengetahui bahawa 
salah seorang daripada geng kapal kami telah kehilangan suaminya buat Selamanya
Buat Erin, akak doakan semoga adik tabah menghadapi kehilangan ini...
Bila dapat tahu ada sahabat yang ingin menziarah ada rasa juga ingin turut serta
Namun diri ini gusar seandainya tidak mampu menahan rasa
Nanti akak menyebabkan Erin menjadi lebih sedih
Jadi biarlah akak2 yang lebih tabah yang pergi melawat
Dari Jauh akak doakan agar erin dan Mia akan tabah dan cekal

Bukan mudah untuk menghadapi perpisahan ini
Apatah lagi perpisahan Yang Terakhir
Ya ALLAH kau tabahkanlah hati Erin dalam menghadapi dugaan ini...
Semoga hatinya tabah Demi Mia dan masa hadapannya

Hati merasa sayu dan sebak
sekurangnya aku masih mampu memangkah tarikh pada kalendar 
untuk menanti kepulangan suami yang tercinta

Erin, tabahlah adikku
erin masih ada kami teman2 di geng kapal untuk meluah rasa...
InsyaALLAH kami sedia berkongsi rasa dengan adik



****************************************************************
Hati menjadi sayu
Hati teringat pada Suami tercinta
Tidak Sabar untuk bersua muka
untuk memohon maaf segala dosa

Kadang2 aiskrim jadi penawar untuk aku



me: Hanya yang mengalami akan memahami


8 comments:

  1. harap adik tu tabah menghadapi kehilangan org tersayang. berat mata memandang kan berat lagi bahu yg memikul. ye tak?

    ReplyDelete
  2. tulah kak apa yang dia rasa lagi mendalam.. Tak dapat nak ditafsirkan....

    ReplyDelete
  3. Saya pun turut simpata atas pemergian arwah suami Erin. Sangat muda. Semoga beliau tabah hadapi ujian Allah.

    ReplyDelete
  4. iTULAH aINUL hAYAT SEMUA NI KETENTUAN ALLAH...

    ReplyDelete
  5. ana, aku yg nangis bace kisah nie..walau aku tak kenal siape erin 2..aku doakan die tabah hadapi semua nie..ko pun tabah tau..ko kawan aku yg paling tabah.. aku bangga dengan ko..

    ReplyDelete
  6. risik resepi : memang kami semua sangat berduka.. Namun ini semua janji ALLAH, kami harap dan doakan erin akan tabah... Terima kasih sebab cakap aku tabah... Terima kasih juga sebab jadi kawan aku dan salurkan aura ketabahan pada aku

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...