Ikuti Blog ini

Monday, February 27

Aishiteru

Aishiteru - Zivilia Band


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Ulang [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Ulang [*][**]

Wo wo wo.. a a ai aishiteru



Entah tak tau nape masa drive pagi ni dengar lagu nih tetibe rindu pulak pada suami.. Huhuhu.. Kenapa agaknya Ya? Patutlah dah 2 bulan lebih berjauhan...

Miss ya Abang....

Me: Semoga abang sentiasa sihat walafiat di sana

Wednesday, February 1

TABAHKAN HATIKU YA ALLAH


Hati ini merasa sangat gembira apabila menerima perkhabaran terbaru ini
Keluarga kami bakal bertambah
Alhamdulillah Ya ALLAH
Disamping aku dapat sambung kontrak lagi setahun berita ini juga sangat menggembirakan

Namun bersama rezeki ini aku turut diuji
Diuji kesabaran dan juga ketabahan hati
Sebaik menerima perkhabaran ini
Suamiku telah kembali ke lautan

Kali ini aku mengalami alahan yang sangat teruk
Aku tidak boleh nak bau makanan
maksudnya tak bolehla nak masak kan?
Malahan aku tak boleh makan langsung
apa sahaja yang masuk ke dalam perutku akan keluar semula
Namun aku paksa diri untuk tetap menjamah makanan demi kesihatan diri dan juga zuriatku

malah aku sebenarnya sangat tidal larat untuk bekerja
Namun nasib insan kontrak sepertiku tidak layak untuk memohon cuti tanpa gaji
maka aku menggahgahkan diri untuk membawa kereta dan terus bekerja
walau adakanlanya aku hanya terbaring sahaja di temapt kerja
semoga Majikanku akan memahami keadaan ini.

Adakalnya aku tertanya
mengapakah sebegini sukar yang perlu dilalui
aku hanya bersendirian tanpa suami disisi

Namun setelah berfikir aku menemui jawapannya
Apa yang dilalui oleh suamiku yang berada di tengah lautan itu juga penuh dengan dugaan
Aku diuji sebegini kerana ALLAH menyayangiku
Aku sebenarnya wanita yang sangat KUAT dan aku mampu menghadapi dugaan ini
Dugaan yang diturunkan sebenarnya mampu untuk dihadapi oleh Hamba-Nya
tanpa dugaan pasti kita mudah lupa pada-NYA

Lagipun pengalaman pertama dahulu adalah sangat mudah padaku
Alhamdulillah
kini tibalah masa untuk merasa pengalaman yang sedikit sukar

Dalam keadaan sebegini aku perlu kuatkan semangat
bukan sahaja untuk diri ini tetapi demi Naufal juga
kadang2 aku kasihan melihat dia
Bila aku tak larat dia pandai membawa diri
malah ketika dia masih mahu bermain2 aku telah membawanya ke dalam bilik untuk tidur
Maafkan ummi sayang
abang doakan ummi cepat sihat ye...

Pernah dia membawa handbag ku keluar
aku merasa sangat terharu
aku tahu dia mahu berjalan di hujung minggu
Namun aku tidak berdaya
Demi Naufal aku perlu menguatkan semangat ini

Mungkin sebab itulah aku suka juga beri komen pada2 kawan yang menyatakan kesukaran alahan yang ditanggung di laman facebook
Bukan nak tunjuk baik tapi sebenarnya ingatan dan juga motivasi untuk diri sendiri jua

Walauapapun aku sangat bersyukur padaMU ya ALLAH kerana mengurniakan rezekiMU buat kami sekeluarga
Tabahkan hatiku YaALLAh dalam menghadapi dugaan dariMU ini


me: sabar + Tabah adalah penawar buat diri ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...