Ikuti Blog ini

Tuesday, July 26

Pengganti...........

Jumaat Lepas, (22 Julai 2011) ada berjumpa dengan bos aku untuk membincangkan mengenai tugasan kerja... Sempat aku nyatakan mengenai kesinambungan kerja selepas bulan 11 nanti (sekiranya kontrak ku ditamatkan) walapun aku kontrak, namun aku masih memikirkan kesinambungan kerja di sini.... Aku risau juga sekiranya siapa yang akan membantu di sini. Walaupun kehadiran aku di sini bukanlah banyak membantu, namun aku telah berusaha sedayya upaya untuk membuat tugasan yang telah diarahkan... Aku tahu karakterku yang suka melawan boz dan panas baran tidak disukai... Namun, itulah aku seadanya....
Malah suaraku yang 'High Volume' juga pernah dibangkitkan dalam mesyuarat... bagi aku itu semua adalah rezeki dari Yang Maha Esa.. jika mereka tidak suka anugerah ALLAH tersebut apa yang boleh aku buat... Terpulanglang......

Berbalik kepada tugasan kerja yang bakal aku tinggalkan nanti, bila cakap pada bos, aku tengok bos aku rilek sahaja..... Alhamdulillah sekurangnya dia yakin bahawa ketiadaan kami tidak akan menggugat kerja di sini nanti. Lagipun boz aku cakap nanti akan ada pegawai Task Force yang akan hadir... Alhamdullillah sudah ada pengganti rupanya,,,,,

Hati merasa sangat lega, kerana selama ini aku terfikir juga siapa yang akan meneruskan kerja di sini.... Sekirnya kontrak ini ditamatkan tiada lagi kebimbangan mengenai siapa yang bakal menjalankan tugas di opis nih nanti...

Cuma hati bimbang di mana mahu mencari rezeki.... InsyaALLAH ada rahmat dan kasih sayang dari YANG MAHA ESA..... Mana tahu permintaan coklat ku nanti meningkat pula... Hehehe.. InsyaALLAH....

Kenangan terindah yang pernah tercipta di sini

Wednesday, July 20

Persediaan Menjelang November 2011

Bulan Julai telah hampir ke penghujungnya.......... YA ALLAH sebenarnya hati ini telah mula berdetak kencang.... Bermakna November hanya tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi......... November nanti kontrak aku akan ditamatkan.......... Terasa berat menghadapi kenyataan ini.... Namun apakan daya, kerja aku nih tak boleh diserap ke jawatan tetap.......... Memang kadang2 terasa kecewa dengan Kerajaan......... Namun, aku buang perasaan itu jauh2 ialah hampir 5 tahun yang lalu aku menyara hidup  dengan duit gaji dari Kerajaan.........

Sekurang-kurangnya aku telah berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik sepajang aku berada di opisku ini walaupun ramai yang tidak menyenangi aku (orang opis nih tak suke kawan ngan aku.. huhuhu)

Entahlah kadang2 terasa mereka sangat beruntung sebab berjawatan tetap......... Tetapi semua itu rezeki dari ALLAH... segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...... ALLAH telah menentukan segala sesuatu yang terbaik buat kita walaupun kadang2 kita tak sedar bahawa benda itu baik buat kita....

Aku perlu belajar untuk bersyukur, merasa jugak untuk menjadi penjawat awam........... merasa juga bonus yang kerajaan bagi, increment setiap tahun, dapat jalan2 satu malaysia......... Terima kasih YA ALLAH

Sehari dua ini aku telah mencari nota serah tugas di internet........ sebagai persedian kepada mereka yang bakal menjalankan tugas aku nanti..... Tapi kalau boleh aku nak cuba selesaikan kerja2 aku dengan seboleh mungkin..... InsyaALLAH...........

Tuesday, July 19

Budak Kecik yang Baru Elok Demam

Baru2 nih Irfan Naufal demam.. Dari 11 Julai 2011 lagi dia dah start meragam.... Pagi 12 Julai bada Nuafal dah mula panas.. So pergi bawak ke Klinik Kesihatan Senawang..... Batu dia berkokol-kokol mengalahkan orang dewasa.. Terasa Sangat Risau.. Doc bagi ubat demam, ubat cairkan kahak dan ubat titis ke hidung sebab naufal selesema jugak.. huhuhu Kesiannya anak ummi nih...

Tapi 12 julai malam tu (dah kul 12 lebih dah), panasnya meningkat..... terus bawak ke Hospital Tuanku Jaafar.... Suhu Naufal dah 39.5.... rasa sangat risau.....Bawak masuk ke observation room n nurse mandikan naufal bila suhu dah turun 38C terus nurse suruh bawak ke kawasan kuning (separa kritikal) doc tu nasihatkan bawak balik sebab naufal nampak dah aktif sikit. Naufal kalo jumpa doktor memang akan berusaha untuk mengaktifkan dirinya.. hahahha... Sebab doc tu risau kalo admitted naufal akan jadi lagi sakit.... so kami bawak la naufal balik umah....

Alhamdulillah sehari dua nih Naufal dah sihat, cume selesema la sikit n ada batu lagi sikit...
So inilah aksi2nya yang kembali mengaktifkan dirinya.. macam2 benda dia nak buat...
Hehehe,

 Budak Kecik yang kene masukkan dalam bakul mainannya... 
hehehe
 Muke rileks + minta simpati nak keluar...
 Disebabkan ummi + abah tengok jer naufal pun berusaha sendiri nak kuar...
 masih meneruskan usaha nak kuar
Ye dah dapat kuar...
hip hip hurey....

Friday, July 1

Selamat Pulang Sayang.........

Alhamdulillah dengan izin dari Yang Maha Esa, suamiku telah kembali dari lautan telah hampir 6 bulan berada di lautan

Memang ada sedikit kejutan apabila dimaklumkan dia bakal sampai ke rumah
Mula terfikir akan keadaan rumah yang tidak teratur, 
dalam erti kata yang mudah, bersepah2 hehehe

Maklumla 2 hari sebelum kepulangannya aku kurang sihat
bila berjumpa doktor, aku dimaklumkan bahawa aku menghadapi low blood pressure
mungkin kerana memikirkan hala tuju di masa hadapan...
Ah ada rezeki dari YANG MAHA ESA

berbalik kepada kepulangan suami yang dikasihi...
Aku tidak sempat untuk menyediakan apa2 sempena kepulangannya...

Hanya sempat menjemput beliau di terminal 1,
itupun setelah meminta keizinan daripada boss (Ialah karang heboh satu opis i hilang, muakekke)

Ketika menatap wajahnya terasa gugurlah segala garis2 kerinduan yang kusimpan selama ini
Alhamdulillah Ya ALLAH suamiku sihat walafiat....

Erm malam tadi aku bangun di tengah pagi untuk membuat coklat buatnya...
Iyelah dia suke makan coklat...
Memang dah merancang tapi ALLAH telah menentukan aku kuragn sihat jadi x sempat nak buat masa dia belum sampai
Alhamdulillah 
Malam tadi dapat juga buat...
di kala suamiku lena di buai mimpi

Tara, inilah yang ayang buat bersulamkan kasih sayang khas buat abang.....

Tara...



3 in 1
hehe
Welcome Home
Hepi Bday
Hepi Fathers Day

Terima kasih sayang.................

Love You n Miss You So Much.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...