Ikuti Blog ini

Friday, November 9

Hati Mula Merindu

     

Hari tu lepas je suami pergi keje
Hati mula terasa sangat sayu
sebak sentiasa menjenguk jiwa
maka ummi terus bawak anak2 balik kampung
sebab takut anak2 tercari2 abah dia
dalam masa yang sama lepas hantar suami diri rasa macam nak demam
tak tahu kenapa
tak pernah rasa macam ini sebelum ini

Ummi rasa bersyukur sangat sebab masa tu adalah mengadu pada beberapa rakan
mereka memberikan kata2 semangat buat ummi
tenang seketika rasa hati

beberapa hari di kampung terasa tenang la juga
tengok anak2 dah ok
ummi decide balik umah sendiri
bila balik umah sendiri
hati tetap teringat2 pada suami
namun, dalam kelekaan menguruskan anak2 dapatla mengubati rasa rindu di jiwa

Entahlah 
mungkin sebab sebelum ini dijaga dengan baik oleh suami
ialah baru habis pantang
dalam pantang suami yang masak
suami juga yang mandikan anak2
so sekarang semua ummi yang buat
jadi sedikit sebanyak hati terasa jua

Terima kasih yang teramat sangat buat suamiku yang tersayang
insyaALLAH ummi akan mula biasa hidup dengan anak2
Ialah Suami pergi mencari rezeki demi kami anak2
sayu rasa bila suami nyatakan
"sabarlah, abang pun sedih jugak"

Ayang doakan yang terbaik buat abang






Me: Semoga ALLAH mempermudahkan rezeki kami sekeluarga

Friday, November 2

Jaga Diri Suamiku

 
2 November 2012
Suami harus kembali bertugas
Entah mengapa kali ini
hati merasa terlalu sebak dan pilu
Tidak seperti sebelum2 ini
Aku mudah menghadapinya
Mungkin kerana telah lama suami ada disisi
 
Satu Lagi Naufal dah makin bijak dan boleh bercakap sikit2
Tadi sampai sahaja d rumah
Naufal terus buka pintu bilik dan carik abah dia
Bile tak jumpa dia terus naik atas
Bila turun tu dia terus g kat ummi n cakap
"ummi, abah do" maksudnya dia caka abah tido
dengan sayu ummi cakap la abah dah g keje sayang
Dia pun terangguk angguk macam faham

 abah n anak2

 abah cakap kat ihsan abah dah nak g keje

masa hantar suami g keje



me: Jaga diri sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...