Ikuti Blog ini

Thursday, August 30

Ahmad Ihsan Keluarga Baru Kami

  

Alhamdulillah dengan izin ALLAH
30 Ogos 2012 Jam 11.05 pagi ummi dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.77 kg
Alhamdulillah sempat jugak pergi ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah
senang sikit nak balik kampung kan?
Kali ini suami dapat temankan ummi masa bersalin
Terima kasih ya ALLAH
masa irfan dulu suami x ada rezeki nak temankan ummi

Semoga Ahmad Ihsan akan membesar menjadi Hamba ALLAh yang beriman, beramal dan bertaqwa.. InsyaALLAH

Fresh from oven.. hehhe




ummi & Ihsan

Terima kasih juga pada semua sahabat yang sms n call yang ucapkan tahniah....

Me: Terima kasih atas RezekiMU Ya ALLAH

Tuesday, August 28

Syawal 2012

   

Alhamdulillah syawal tahun ini suami ada di sisi
Rasa seronok sangat sebab dapat meraikan Aidilfitri bersama-sama
Naufal lagilah seronok sebab asyik berjalan raya aje
Memang seronok dapat jalan raya tahun nih
semua dapat makan dah
Hehehe

Biru Di Pagi Syawal

Tahun ini kami dapat beraya bertiga
InsyaALLAH dengan Izin ALLAH
tahun hadapan ahli keluarga kami akan bertambah lagi

Namun
Kita hanya merancang, ALLAH juga merancang
Tetapi perancnagan ALLAH adalah yang terbaik

Terima kasih Ya ALLAH atas rahmat dan kasih sayang yang dikurniakan buatmu
Kurniakanlah padaku KETABAHAN HATI untuk menghadapi segalanya...


Me: Syawal nih meriah berjalan.. Hehe

Thursday, August 16

Naufal pun mengandung?

   

Erm macam2 anak bujang ummi yang sorang nih
Mentang2la perut ummi 'boroi'
dia pun nak mengandung sama jugakla
Hahaha

Nak tergelak pun ada tengok gelagat si Naufal nih
macam mana la dia boleh dapat idea ni?
 
Mula2 amik bola nih dulu ye
Masukkan dalam baju yer
OK perut naufal dah 'boroi' macam ummi
Sukenya hati dia
 
 
Erm macam2 telatah Naufal nih.. boleh buat gelak jer kekadang...
 
 
Me: mana la Naufal dapat idea nih?


Wednesday, August 15

Salam Aidilfitri Buat semua

   


Source Google image



Sempena syawal yang bakal menjelma nih nak ucapkan salam Aidilfitri buat semua teman dan rakan
Berhati-hati pulang ke kampung halaman
semoga syawal ini membawa bahagia setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan

Mungkin lepas nih lama x bersua sebab ummi dah nak melahirkan anak
maklumlah berpantang di kampung
x ada line internet
Hehehe
 
 

Salam Aidilfitri dari Biana + Khairi + Naufal


Tuesday, August 14

Teman Pengganti

   


Ketawa bersama,
Menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita,
Mati pun bersama.

Sejak dua menjak ini,
Makin kerap ku diganggu visi,
Bila celik, juga bila mimpi,

Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi,
Dia membelaimu dengan izin dan permisi,
Sentuhan katanya semua kau iakan,
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan,
Aku redha walau tidak ku damba,
Walau hampa semuanya dah dijangka.

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta,
Kenangan dibina kita indah belaka,
Ketawa bersama, menangis bersama,
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama,
Namun hakikatnya, bukan mudah,
Aku sembunyikan gulana gundah,
Segalanya kan berubah,
Dengarkan apa yang ku mahu luah.

Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias,
Kita tak terlepas dari terkena tempias,
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias,
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas,
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks,
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks,

Bila dunia seolah tak memahami,
Kau sudi selami, dalami dan mengalami.
Setia mendengar, sentiasa hadir,
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir,
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal,
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal,
70 000 hijab harus kusingkap,
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap,
Dalam diam ada, seorang yang kupuja,
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna.

Rahsia ini,
Telah lama aku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Kuceritakan,
Aku kan pergi,
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan,
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan,
Terperangkap dalam jasad, ku keliru,
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu,
Namun aku tetap murung, berkurung,
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput,
Komplikasi di halaman susuk kiri,
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan,
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan,
Jaga diri, jangan makan hati,
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi,
Cincin, kunci, dompet dalam laci,
Ada sikit wang, itu saja baki,
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti.

Aku kan pergi,
Bertemu kekasih abadi,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.



Me: Lagu ini didekasikan khas buat insan yang amat disayangi... hidup ini indah walau sesekali duka menjengah.... Jaga diri sebaiknya sayang

Monday, August 6

Dah 2 Tahun anak Bujang Ummi nih

  

Pantasnya masa berlalu
diam tak diam Naufal dah berusia 2 Tahun

Sempatla jugak masak2 sikit n sambut kecil kecilan dengan ahli keluarga
 iyalah hari ni kan hari keje
Buat ala kadar jer
dapat juga berbuka puasa beramai2

Naufal seronokla sebab sepupu dia ramai
main je keje
biasa sorang2 kan
ada kawan seronok sangat la dia

Kek Untuk Naufal.. Lilin 2 batang jer...

Berusaha nak tiup lilin

Seronoknye

Keluarga Kecil Kami

Alhamdulillah dah besar anak bujang ummi
Ummi doakan segala yang terbaik buat Naufal
Semoga membesar menjadi Hamba ALLAH yang beriman, beramal dan bertaqwa

Jangan lupakan ummi dan abah ye sayang

Me: Seronok tengok anak2 membesar...

Wednesday, August 1

2 Minggu je lagi Ye Dik...............

  

Masa pergi Check isnin Hari tu
Nurse tu cakap
Dah nak masuk 36 minggu dah usia kandungan ummi

So 2 minggu lagi dah boleh bersalin
Dengan selamba ummi cakap eh belum lagi ada 4 minggu lagi nak makan kuih raya dulu kak
tersenyum nurse tu
Hahaha Ummi pulak yang jadik Nurse erk

Hope taklah bersalin dalam bulan puasa ni
Tapi ini semua rezeki ALLAH Kan?

Ummi sebenarnya dah carik pun kuih raya yang ummi terasa nak makan macam almond london, 
dah habis sebotol dah almond lond
rendang ayam, lontong semua dah buat ari tu
nasi impit n kuah kacang pun dah makan ari tu
Hehehe
persediaan kalau bersalin sebelum raya lak kan

Sekarang nih ummi tengah cari biskut nestum
sedih la payah nak jumpa
Huhuhu

Apa-apa ummi berdoa semoga semuanya akan selamat
InsyaALLAH
Mohon maaf pada semua kalau ada kesilapan ummi pada semua




Me: Takutla dah masuk bulan Ogos nih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...