Ikuti Blog ini

Friday, December 30

Rezeki ALLAh adalah Rahsianya..........

enty kali ini hanya satu luahan rasa
Mungkin ramai2 kawan yang tak tahu bahawa aku telah menjadi penganggur terhormat hari tu
Namun, dalam jangkamasa seminggu dipanggil kembali untuk berkhidmat

Memang masa diarahkan untuk tidak hadir bekerja
memang senyuman terukur di wajah
Namun dalam hati ada juga timbul persoalan
Namun aku yakin ada Rezeki dari Yang Maha Esa
Kadang2 terasa sedih
Kerana Status jawatan KONTRAK ini
Namun, bila berfikir semula sekuarnagnya aku ada kerja ada sumber pendaatan

Walaubagaimanapun aku bersyukur ada peluang merasai menjadi Kakitangan Kerajaan
Dah Tempoh Setahun Lagi ini akan digunakan sebaik mungkin
1) Nak Selesaikan Hutang2 yang banyak nih.. InsyaALLAH
sekurangnya tahun depan x adalah sedih sangat bila kene berhenti dengan Hormatnya

Bagi aku tiada kerugian malah aku bangga sebab sepanjang 5 tahun di sini banyak ilmu yang diperolehi

Ya ALLAH aku yakin KAU telah tentukan yang terbaik buat HAMBA-MU ini

Terima Kasih Ya ALLAH



Me: Ilmu adalah sangat bermakna buat diri ini

Tuesday, December 20

Beriadah Di City Park Seremban 2

Masa Suami ada disisi nih seronok jer jenjalan sana sini
Bukanlah jauh sangat
Tapi terasa seronoknya
Iayalah kalau Suami Jauh
Pergerakan perlu ada kawalan...
Mulut2 orang kadang sukar nak dijangka
sedap berkata tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya

Seronok jenjalan Kat Seremban @ City Park nih

 Ummi N Naufal

 Seronoknya

 berjalan seiringan

 Sian si tecik nih kene tarik  jer

 Melangkah menuju masa depan

 Abah, abang nak main sana lak

 Lepas nih g sana lak

Yeay seronoknya


Seronok dapat meluangkan masa macam nih
Kami bukan seperti family yang lain yang sentiasa ada masa bersama
Tapi inilah rezeki dan ketentuan ALLAH

Semoga kami tabah dan bahagia Ya ALLAH


Me: best City Park nih

Monday, December 19

Penyatuan @ Hati Auntie Afda & Uncle Mirul

Alhamdulillah dengan Izin dariNya dapat meluangkan masa untuk hadir majlis Afda n Mirul
Afda nih penah keje sekali ngan ummi

 X Nampak lak pengantin Lelaki

 Pelamin Raja Sehari yang Indah

Hantaran Hati


Semoga Afda bahagia dengan suami tercinta

me: cantik adik saya nih

Sunday, December 18

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah

Macam Jauh jer Melaka Tu kan?
Hehhe
Yang Penting Seronok jenjalan ngan abah n Naufal

Alah saja jenjalan jer.... habiskan masa bersama-sama
 Mana Nak pergi nih?

Kasut pun sedap........




Me: x kisahla jauh ke dekat asalkan ngan family tercinta kan?

Saturday, December 17

Potluck Gathering Geng Kapal Di Rumah Liza Fitri

Dah berzaman dah tapi baru nak publish kan?
Hehehhe
takpe untuk ingatan bila baca nanti
anak2 pun boleh baca
yer tak

Liza Fitri Persatuan Geng Kapal ada buat small Potluck
So disebabkan dekat n ada kesempatan kami 3 beranak pun pergilah menghadirkan diri
Iyalah inilah masa dan ruang untuk berkenal-kenalan dengan yang senasib kan
Hanya Yang mengalami akan memahami

 Abah leka tengok bola..

 Sedih jer budak tecik nih

 Dalam ramai2 nih cube tengok Naufal kat mane

 Makanan Yang ada

 Banyaknye makanan

 Best kan?

 Rasa terlalu mewah dengan makanan

Laksa nih dari Kami.. Hehe Abah Naufal yang masak erk
Wajah Ceri Pengerusi PGK

Seronok sangat dapat jumpe sume


Me: minta maaflah ummi nih x berapa pandai nak berkawan

Friday, December 16

Jom Tengok Jerung

Abah ada nih boleh la bawak Naufal jenjalan
Hehehhehe
sebenarnya Ummi ke Naufal yang nak jalan nih?
Kami sekeluarga g jenjalan kat Aquaria KLCC

Seronok Naufal menengok Ikan2 Yang ada... Teruja dia
ummi pun seronok
ummi pun x pernah masuk Aquaria tu..
Muahahha kecian tak?

 Encik Jerung

 ummi banyaknya ikan

 erk Naufal belum ready lagi la

 ummi tengok depan abah amik gambar kita tu

 ei takutnya saya


Seronoknya dapat meluangkan masa dengan suami n anak2
masa berharga bersama kan
Mungkin kami belum mampu nak g Overseas cukupla dapat habiskan masa sesama
sudah terlalu bersyukur n gembira

Me: nanti nak tengok jerung kat Gold Coast.. Hahhaha

Thursday, December 15

Baby Ainul Mardhiah datang Umah Sikamat

Hari tu sepupu abah , uncle Anas ada datang
bawak baby Ainul Mardhiah sekali
Ummi n abah tak dapat jumpa baby Ainul Lagi

erm seronok la Si Naufal ada baby datang umah
tapi Naufal tak berapa nak kacau la
mungkin dia tau baby Ainul penat kot
hehehe

Baby Ainul sedang berehat



Me: Chomel kan baby nih

Wednesday, December 14

Makanan Kucing Pun Sedap...... Nyummm

 Cik Mimi yang diperhatikan Oleh Naufal n Humaira

Seronok jer menengok Mimi makan kan

masa nih melawat kakak ipar, ibu si Humaira nih
Seronok jer budak berdua nih menengok Mimi
sambil makan sate lagi gitu...

tetibe ummi nampak naufal mengutip sesuatu
cepat2 pergi
rupanya Naufal makan makanan kucing
alaiahai anak ummi nih
maklumla makanann kucing tu kan nampak menarik

sedap jer dia mengunyah tu..

Me: Alahai anak ummi nih

Thursday, December 8

Naufal melawat Baby Putri Di Sikamat Seremban

Erm, kali nih
Naufal nak melawat baby Putri lak
Baby Putri nih anak auntie Mira no 3
tapi baby gegirl yang pertama
Huhuhu

 abah n baby putri

ummi, aunti mira n baby putri


Haha Naufal x ada sebab dia sibuk main kat luar
hahahha

Hope Mira bergembira sebab dah dikurnia seoramg bayi perempuan disamping 2 hero

Me: Seronoknya reramai anak kan

Wednesday, December 7

Naufal melawat Baby Sofea

Dah berhabuk dah belog nih
ape taknya semenjak abah balik ummi n Naufal jenjalan jer..
Hehhehehe


Erm Naufal melawat Baby Sofea kat Melaka
 Hye baby Sofea...

Ala Baby nih tido jer...

Xpe Naufal main sendiri jer la

Erm Sofea nih anak auntie Suzi kawan sekerja ummi
putri pertama...
Alhamdulillah
semoga suzie dapat menjalani pantang pertamanya dengan penuh kesabaran

Me: ingat lagi masa berpantang dulu... Huhuhu

Monday, November 28

UlangTahun pernikahan Yang Ke-3

28 November 2011
Alhamdulillah
Telah 3 Tahun Kami Menjadi suami isteri
Alhamdulillah bersyukur pada yang Maha ESA
walaupun nampak sekejap namun apabila dilalui pelbagai kenangan yang terukir
apatah lagi kami jarang2 dapat berada di bawah bumbung yang sama.

Namun ditempuhi dengan tabah dan sabar
InsyaALLAH

Terima kasih suamiku
terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan buat diri ini... terima kasih yang tidak terhingga

terima kasih juga di atas hadiah yang diberikan
Sangat menghargainya
Ayang minta maaf sebab bagi hadiah yang tidak seberapa sahaja...

Tahun nih kami g menziarah kawan2 n sanak saudara masa anniv kami
Hahhaha
Mengeratkan silaturrahim kan
seronok jer g jenjalan kan
entah saje jer jenjalan sepanjang hari
oklah dapatlah g 5 buah uamah
macam hari raya lak kan???

Ummi + abah + Naufal


Me: Tahun depan agak2 ada + + lagi tak?

Saturday, November 19

Mengumpul "LIKE" untuk Contest Yang Disertai (Entry Melekat Sampai 19 November 2011)

Saya nak mohon jasa baik semua pembaca blog nih
yang ada akaun facebook
untuk like gambar Naufal

Ada join Contest nih




Terima kasih sangat2 pada yang sudi 'LIke' pada pix nih
Entah kenapa hati rasa sangat teruja nak join contest nih
huhuhu

me: mana tau ada rezeki menang mana2 hadiah erk...

Wednesday, November 9

Pertemuan 9 November 2011

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ILLAHI
sebab hari ini suami telah kembali ke daratan
Inilah kehidupan ku isteri orang kapal

Pertemuan semula selepas 3 bulan berlalu memang sangat mendebarkan
terpikir2 nak pakai baju apa
entahla rasa macam tak keruan jer
semua serba tak kena

dalam perjalanan ke LCCT tu pun sibuk cakap kat Naufal
abah nak balik nih
dak tecik tu pun macam faham jer

sampai jer kat LCCT suami dah sampai
masa tengah tunggu tu nampak suami sedang berjalan menghampiri kami
terus bisik kat naufal
abah kat belakang tu
Naufal pusing jer n terus g kat abah dia
tak nangis lansung
hahaha
Terus lupe ummi
akekkee

biarlah dia rindu kat abah tu

 kami bertiga pada 9 nov 2011

naufal n abah


me: Syukur sebab suami selamat sampai. Kini masa untuk kami bertiga meluangkan masa

Thursday, November 3

Dibawah LindunganMU

2 November 2011
Tarikh yang harus diingati

Ya ALLAH
sangat bersyukur padaMU

Mungkin inilah yang dinamakan ajal, maut, jodoh pertemuan adalah ketentuan ALLAH
Ketika dalam perjalanan pulang
masa tu d Bangi
dan memang dah biasa dengan jalan tu

Entah macam mana boleh tak perasan ada traffic light
tibe2 nampak ada lori keluar dari simpang tiga
Ya ALLAH
dalam keadaaan terpaksa terus tekan break emergency
nak2 dalam keadaan Hujan

Entahlah mungkin pandangan ini digelapkan dari nampak traffic light tu kot
so kene banyak baca ayat suci al-Quran dalam perjalanan
Ia mampu menjadi pelindung
InsyaALLAH

Ya ALLAH memang sangat takut masa tu
nak2 bawa mak, anak, adik n adik ipar yang sedang mengandung
memang rasa sangat bersyukur
Kesyukuran yang amat tidak terhingga
 tak tahu nak gambarkan macam mana

Terima kasih juga pada encik lori tu sebab sempat mengelak
Kalau tak mungkin tiada lagi pertemuan antara kita semua
x sempat nak angkat tangan pada encik Lori tu
sebab sangat berdebar n takut

Tapi kuatkan juga semangat sebab x ada sape yang boleh drive lagi
Alhamdulillah selamat sampai ke seremban

Ya ALLAH terima kasih ya ALLAH
kerana masih memberi peluang aku bernyawa di bumiMU ini

Mungkin ini peluang yang diberikanNYA untuk bertaubat dari segala dosa dan salah yang pernah dilakukan

Dikesempatan ini
ikhlas saya memohon maaf dengan setulusnya pada semua

Sebenarnya masa kejadian rasa nyawa dah terpisah dari badan
tapi ini semua JANJI ALLAH

Terima Kasih Ya ALLAH



Berhati-hati dengan Traffic Light nih


Me: Ini semua JANJI ALLAH terhadap Hamba-NYA, belajarlah untuk bersyukur.

November : Antara Suka & Duka

Berada dalam Bulan November
Banyak Suka dan Duka dalam bulan ini
Yang Duka biarlah berlalu...
Agar Menjadi panduan di masa Hadapan
Yang Suka.... Tak sabar Dinanti
Ewah....


November...
Akan Ku tunggu segala Khabar Gembira datang menjengah
Akan Dinanti dengan kesabaran
Akan dihadapi dengan ceria
InsyaALLAH

November....
Tiba2 Rindu datang menghampiri
Patutlah Dah 85 hari suami kerja rupanya
Tabahlah Hati
Hari tu suami ada call n MMS pix nih

Penawar Rindu

Me: Harap suamiku sentiasa dikurniai segala yang terbaik

Wednesday, November 2

Wordless Wednesday # 5



Tuesday, November 1

Aksi Terbaru Naufal

Naufal nih memang jenis yang diam jer dalam kete
Kira dia boleh duk diam la dalam kete
Maybe dia tahu ummi sensorang jer
Memang ramai  la jugak yang macam kagum
sebab boleh bawak Naufal ke hulu ke hilir sensorang
Yerla diam jer si kecik tu dalam car seat

Tapi baru2 baru nih ada aksi terbaru dia dalam Car seat
Huhuhu
Memang x mengganggu ummi
tapi
cubelah menengok aksinya nih


 Erk, ummi amik gambar la

 Buat2 x pandang la

 Tengok Kaki Naufal nih kat mane?

ummi jangan marah tau... Abang boring nih...


Aduhai, budak kecik nih dah macam stunt man dah....

me: semoga selamat semuanya


Monday, October 31

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

Tahniah
Sebab tahun nih Negeri Sembilan berjaya
menjadi juara Piala Malaysia

Yahuuu....
Tahniah kepada semua Skuad negeri Sembilan
Tahniah juga kepada semua penyokong




me : Hope Tiada la Kecederaan yang dialami oleh Penyokong

Friday, October 28

Hiruk Pikuk Di Pagi Hari

Erm seperti biasa pagi nih Naufal bangun awal
macam biasalah dia main2 la sensorang
Tibe2
Sedang ummi minum pagi
nampak Naufal masuk dalam bilik

Tak sempat nak bangun, dan dengar bunyi berdentum
sudah, si kecik nih tutup pintu dah
bukan ape kunci pintu dah rosak,
pintu tu akan terkunci sendiri
Hanya boleh buka dari dalam sahaja

terus lari pergi kat pintu
Sah!! dah terkunci dari dalam dengan si kecik tu jer kat dalam bilik
Yang Paling best kunci bilik tu pun dalam handbag yang ada dalam bilik tu
Aduhai
terus ummi ketuk2 pintu tu
Naufal dah start nangih, mungkin ingat ummi marah dia kot

Ape lagi
berdasarkan pengalaman buka pintu yang terkunci kat uitm dulu
ummi nih terer jugak bukak pintu sendiri (yelah selalu lupe bawak kunci bilik )
dan jugak pintu kengkawan yang tertinggal kunci
akhirnya terbuka jugak pintu tu
Alhamdulillah
Tapi berpeluh jugak la ketiak nih.. Muahahaha
Sebenarnya dah decide nak minta tolong jiran sebelah tapi dah terbuka dulu pintu tu
Hehehe
Kalau tak lagi kecoh kot

sebaik pintu terbuka, Naufal terus keluar n minta dukung
Hehehe,

Dalam kelam kabut tu x sempat nak snap gambar sebab dah panik kan...
Ada gambar nih jer, masa Naufal dah masuk dalma kete


Muka Tenang sebab dah selamat

Ummi, tadi abang terkunci dalam bilik

Kawan2 jangan main pintu yer.. Bahaya.. Hehehe


me: kejadian nih membuatkan aku teringat, masa kat UiTM dulu pernah terkunci dari dalam bilik.. Hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...