Ikuti Blog ini

Monday, October 31

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

Tahniah
Sebab tahun nih Negeri Sembilan berjaya
menjadi juara Piala Malaysia

Yahuuu....
Tahniah kepada semua Skuad negeri Sembilan
Tahniah juga kepada semua penyokong




me : Hope Tiada la Kecederaan yang dialami oleh Penyokong

Friday, October 28

Hiruk Pikuk Di Pagi Hari

Erm seperti biasa pagi nih Naufal bangun awal
macam biasalah dia main2 la sensorang
Tibe2
Sedang ummi minum pagi
nampak Naufal masuk dalam bilik

Tak sempat nak bangun, dan dengar bunyi berdentum
sudah, si kecik nih tutup pintu dah
bukan ape kunci pintu dah rosak,
pintu tu akan terkunci sendiri
Hanya boleh buka dari dalam sahaja

terus lari pergi kat pintu
Sah!! dah terkunci dari dalam dengan si kecik tu jer kat dalam bilik
Yang Paling best kunci bilik tu pun dalam handbag yang ada dalam bilik tu
Aduhai
terus ummi ketuk2 pintu tu
Naufal dah start nangih, mungkin ingat ummi marah dia kot

Ape lagi
berdasarkan pengalaman buka pintu yang terkunci kat uitm dulu
ummi nih terer jugak bukak pintu sendiri (yelah selalu lupe bawak kunci bilik )
dan jugak pintu kengkawan yang tertinggal kunci
akhirnya terbuka jugak pintu tu
Alhamdulillah
Tapi berpeluh jugak la ketiak nih.. Muahahaha
Sebenarnya dah decide nak minta tolong jiran sebelah tapi dah terbuka dulu pintu tu
Hehehe
Kalau tak lagi kecoh kot

sebaik pintu terbuka, Naufal terus keluar n minta dukung
Hehehe,

Dalam kelam kabut tu x sempat nak snap gambar sebab dah panik kan...
Ada gambar nih jer, masa Naufal dah masuk dalma kete


Muka Tenang sebab dah selamat

Ummi, tadi abang terkunci dalam bilik

Kawan2 jangan main pintu yer.. Bahaya.. Hehehe


me: kejadian nih membuatkan aku teringat, masa kat UiTM dulu pernah terkunci dari dalam bilik.. Hahaha

Tuesday, October 25

Hati Sebesar Cawan & Hati Sebesar Kolam


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk
bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Sumber : Salin sepenuhnya dari SINI


Me: Moga Hati ini mampu menjadi sebesar kolam....

Monday, October 24

Budak Dulang



Kalau Balik umah nenek, budak kecik nih memang suke sangat duk dalam dulang
Time orang nak menghidang makanan
dia yang akan masuk dalam dulang dulu

Hahaha
Nama Budak Dulang nih, auntie lily dia yang kasi
NIh mas agambar nih diambil Naufal berebut ngan sepupu dia nak masuk dulang..
Aduhai
Kesian Si Haziq tu...


me: kat umah ummi x ada dulang kot.... tu yang Naufal cenggini


Sunday, October 23

Hanya Yang Mengalami Akan Memahami

Hati ini dilanda sebak apabila mengetahui bahawa 
salah seorang daripada geng kapal kami telah kehilangan suaminya buat Selamanya
Buat Erin, akak doakan semoga adik tabah menghadapi kehilangan ini...
Bila dapat tahu ada sahabat yang ingin menziarah ada rasa juga ingin turut serta
Namun diri ini gusar seandainya tidak mampu menahan rasa
Nanti akak menyebabkan Erin menjadi lebih sedih
Jadi biarlah akak2 yang lebih tabah yang pergi melawat
Dari Jauh akak doakan agar erin dan Mia akan tabah dan cekal

Bukan mudah untuk menghadapi perpisahan ini
Apatah lagi perpisahan Yang Terakhir
Ya ALLAH kau tabahkanlah hati Erin dalam menghadapi dugaan ini...
Semoga hatinya tabah Demi Mia dan masa hadapannya

Hati merasa sayu dan sebak
sekurangnya aku masih mampu memangkah tarikh pada kalendar 
untuk menanti kepulangan suami yang tercinta

Erin, tabahlah adikku
erin masih ada kami teman2 di geng kapal untuk meluah rasa...
InsyaALLAH kami sedia berkongsi rasa dengan adik



****************************************************************
Hati menjadi sayu
Hati teringat pada Suami tercinta
Tidak Sabar untuk bersua muka
untuk memohon maaf segala dosa

Kadang2 aiskrim jadi penawar untuk aku



me: Hanya yang mengalami akan memahami


Wednesday, October 19

WordlessWednesday #4


eh eh eh

Tuesday, October 18

Majlis Pernikahan NIni Joe

Pada 9 Oktober 2011
Sempat berkunjung ke majlis kenduri kawan sekolah dulu
Ramai jugak yang datang
kecoh la kejap
Apa taknya dah lama x jumpa
Masing2 dengan perangai gila2 la


 Bergambar dengan bunting Pengantin

 Kawan2 SMKDUAM.... Rindu kenangan lalu

 Dalam Bilik Pengantin... Bikin Kecoh saje

 Naufal pun nak posing ok...


2 sahabat yang banyak membantu :  aini n lily....


Ninie, didoakan mahligai yang terbina berkekalan hingga akhir hayat... Tempuhi hidup berkeluarga dengan penuh kesabaran ye..


me : rindu la kat abah....

Monday, October 17

Penyatuan 2 Hati Along Nizam & Kak Zhana

8 Oktober 2011 
yang lalu
telah berkesempatn untuk menghadiri majlis pernikahan antara
along Nizam & Kak Zhana

Majlis bertempat di Dewan Balai Polis Seremban 2

Kad Undangan Yang Sangat Comel dan Simple


Pasangan Raja Sehari Berada di Pelamin Nan Indah

Yang Baju Silver nih Kak Nurin wedding Planner terbaek along k

Naufal yang kehausan.. Hehehe

Merakamkan kenangan indah bersama raja sehari nih






3 Keping Gambar di bawah merupakan Cenderahati dari Pasangan Mempelai






me: Semoga mahligai kasih yang terbina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. Aminn

Sunday, October 16

Naufal Yang Stress

Hari nih ummi terkejut dengan satu kejadian nih
Naufal stress??
Nape ngan anak bujang ummi nih?
Erk cemana nak bgtau abah yang anak bujang abah nih stress??

Macam mana nih?


Macam mana erk?




Nape Naufal stress????

Hehehehe
Saje je tajuk entry nih eh....

Sebenarnya....
cube tengok gambar kat bawah nih


Stress ball ummi yang kene gigit

Hahaha
Memang nampak Naufal main ngan stress ball ummi nih
tetibe dah ada kesan gigitan lak

Sebenarnya ummi ke Naufal yang stress nih?



Me: Naufal x kasi ummi stress2 nih

Saturday, October 15

Teman ummi berkhidmat untuk Negara

Erm Hari nih
ummi kene masuk opis
sebab ada urusan yang nak kene selesaikan
ialah berkhidmat untuk negara

Memandangkan abah keje
Naufal kene la ikut ummi g keje kan? sian Naufal

Mehla tengok aksi2 Naufal ket tempat keje ummi

 nak semak fail2 nih la

 nak  jadi pegawai sistem maklumat lak

 erk? nape pandang saya?


Naufal n daniel...



me: dah sume tak tenang ngan telatah si kecik nih

Thursday, October 13

Eh Eh Abah kita Lah

Erm pepagi lagi Naufal dah g menengok abah dia
Memang dia selalu sgt g nengok, siap raba2 ag
Huhuhu

Eh abah Naufal belum balik lagi la
Naufal suke menengok gambar abah dia kat bunting masa kami nikah dulu

Kekadang rasa kelakar juga tengok gelagat dia
Kadang2 hati rasa terharu
Anakku
Naufal lah peneman dan penghibur ummi


rindu la ngan Abah

 sape lagi comel?


me: nanti abah balik x tau la cemana ngan sikecik nih.. malu2 tak erk?

Wednesday, October 12

Wordless Wednesdat #3



Cabaran Safi Rania Gold?

Saturday, October 8

Dah 59 hari Rupanya

Pantasnya Masa berlalu pergi
Sedar tak sedar dah 59 hari suami tercinta sign on kapal
kadang2 rasa macam kejap
mungkin sebab sangat bizi dengan keje
Tambah2 sekarang Naufal dah makin membesar
Lagipun memang sangat sibuk sebelum November nih
Nak settlekan sume keje yang termampu diselesaikan
mana tau kalau betul khidmat diri ini sudah tidak diperlukan lagi

Tak sangka dah hampir dua bulan abang belayar
rasa kejap ke erk?
Entahlah namun hati sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya
Semoga abang sentiasa sihat walafiat di atas kapal
Semoga abang sentiasa gembira dan bahagia

Antara gambar2 yang sempat ambil di fb abang sebagai penawar rindu



 Baju Uniform yang x comot pun.. Hehehe

 Mari berposing

Meh kita masak

wah BBQ tu... ummi nak sikit........



Tiada isteri yang tidak merindui suami mereka di kala berjauhan... Namun ini semua rezeki dari ALLAH... harus ditempuhi dengan tabah dan sabar
Semoga dikurniai segala yang Terbaik buat suami dan keluargaku


me: rindu la ngan cik siput..... Muakekkeke

Friday, October 7

MInggu Bertemu si beezee......

Ape2 jer tajuk entry nih kan?

Hehehe

Sebenarnya busy.....
Minggu ini tersangatlah pack dan padat dah macam ikan sardin dah
Rasa macam tak terkejar jer
uhuhuhuu

3 Oktober 2011

Tersadai di Kampung bersama Naufal sebab kereta ada masalah sikit....
Apa lagi kene la apply cuti kan?
BIla dah settelkan hal kete terus bergerak balik ke seremban,
bergerak ke Bangi la nak beli barang2
Pas tu sempat masuk opis jap, takut ada baucar, karang pending la pulak

4 Oktober 2011

Bila semalam tak masuk opis apa lagi, keje pun menggunung la kat atas meja
kene la settlekan keje2 yang tak siap


5 Oktober 2011

Pagi2 dah kene ke Mahkamah pulak nak carik maklumat
uit jenuh berdiri nih ha kaki pun dah letih ok
hehehe

petang pulak kene masuk mesyuarat
mesyuarat biasa la kalo x melawan boz x sah
sori la yer encik boz

6 Oktober 2011

pepagi kene attend meeting
dah la meeting start kul 9 datang kul 9.30
hahahha
padan muka nape x tgk time betul2

petang sepatutnya ada meeting tapi dah dibatalkan sebab boz kene kuar
hip hip hurey

7 Oktober 2011
hari nih cuti
seronoknya............. wooooooooooo
hehehehe

Tambah2 lagi dengan menyiapkan order cekelat...
Alhamdulillah semua nih rezeki

Tengok budak kecik nih rasa hilang sume penat lelah ummi


me: Naufal sempat bawak lari cekelat yang ummi buat...
x sempat nak snap pix dia dah makan cekelat tu.. hehehe

Thursday, October 6

Mamam Jajan jer

Erm Sekarang nih Naufal dah pandai Mamam jajan
Bila balik umah jer, dia nampak jajan
mesti Naufal amik sebungkus
kasi kat ummi suruh buka
Aduhai
sikit2 boleh la kasi kan?
Budak2 tak elok mamam jajan bebanyak

 Mamam jajan

 Bestnya Jajan nih

Eh jatuh lak.. Kene kutip nih


tak boleh kasi bebanyak, sikit2 boleh la...



me: nanti abah balik, abah banjer mamam ape erk? Hehhee

Saturday, October 1

GA : Cube Teka Naufal Buat Apa? (Entry melekat sampai 1 Oktober 2011)

Erm ingat tak GA ini?
Memandangkan tak ada yang menang

Ummi ingat nak buat satu lagi GA la..
Sebab rasa ralat lak tak dapat nak wat cekelat untuk pemenang

Senang jer GA kali ini...

Cume teka apa yang Naufal buat melalui 3 keping gambar yang dipaparkan ini....
Senang jer kan?




Cara  nak join....
juz bagi jawapan di ruangan comment sahaja
Jangan lupa untuk tulis email untuk dihubungi sekiranya menang yer...
Siapa cepat dia dapat k


Hadiahnya...
simple jer

sebiji coklat hello Kitty dari  sikecikshop.blogspot.com

Senang jer kan?
Semoga berjaya...

Erk Tarikh akhir Penyertaan 1 Oktober 2011
ada banyak masa lagi nih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...