Ikuti Blog ini

Wednesday, September 28

Wordless Wednesday # 2


Eh ape kes nih?

Tuesday, September 27

Pemain bola Sepak Malaysia datang umah beraya ngan Naufal... Wiwiwiwi

Alhamdulillah dengan Izin ALLAH
24 September 2011 ummi dapatlah selesaikan puasa enam di bulan Syawal
Rasa seronok bermekar di hati
Iyalah kita tak tahu sama ada dapat bertemu dengan ramadhan dan syawal tahun hadapan kan?

So ummi pun minta tolong la auntie lily untuk masak2 kat umah ummi
Sempatla ajak kawan2 sekolah dulu
Iyalah lama dah x jumpa kan?
(Tapi x datang pun, kecik ati ummi, pas nih tak mo la wat gathering ag... Hehehe gurau jer)

Bila dah masak tengok banyak sangat la pulak

(pix makanan lupe la nak amik... Aduhai......)

So ummi pun sms la mana2 kawan2 yang ummi ada no tlipun
(No tlipun dah banyak ilang sebab sim card dah ditukar)
Huhuhu

Kiranya memang rezeki sesiapa yang datang la kan?

Ummi pun nak ucapkan terima kasih jugakla pada yang sudi hadir walaupun short notice
masih sudi meluangkan masa datang umah ummi yang kecil, dan sempit nih
Rasa terharu sangat pada yang hadir

(kadang2 kita tak tahu siapa sebenarnya yang 'sudi' berada disisi kita kan)

Memangla awalnya ummi ada rasa rendah diri, sebab umah ummi kecik jer, dah la umah sewa jer, tak macam kawan2 yang lain umah besar gedabak, umah sendirik lak tu

Tapi ummi yakin ini rezeki ALLAH
pada siapa yang hadir
ummi ucapkan banyak2 terima kasih
ummi sangat terharu

pada yang tak dapat hadir
x apelah ada rezeki kita jumpa lagi yer...

Opps lupa pulak......
Ada Player bolasaepak Malaysia sempat datang
Seronoknya

Siap main kejar2 ngan Naufal tau
jangan tak percaya












Inilah Player Bola Sepak malaysia tu, Naufal n Adam.... Boleh sama Baju lak erkk

me: alangkah seronoknya kalau abah ada bersama

Monday, September 26

buffered Earning (BE)

Seronok jugak tengok kawan2 yang dapat buffered earnings dari Nuffnang..
Tapi sebenarnya tak faham pun BE tu ape?
Akekeke
Kelakar pun ada jugak kan... Hehehhe

Tak Kisahla
Yang Penting dapat menulis untuk tatapan si kecil di masa hadapan
Mana tahu Ummi tak ada masa yang mencukupi untuk bercerita kepada Naufal apabila dia dewasa kelak...
Juga menulis untuk tatapan yang tersayang

owh Encik Nuffnang apa BE tu erk?
Hehehe


me: erk ape kes post pasal nuffnang nih? akekkee

Sunday, September 25

Bertemu peserta Masterchef

Salah satu rancangan kegemaran ummi ialah masterchef..
Memang kagum sangat la sebab tengok skill diaorang memasak sangat hebat...
Seronoknya kalau pandai masak kan?
Ialah masak untuk suami n anak2..
mesti seronok..
Tak yah makan kedai, masak jer kat umah...
Seronoknyaaaaaaa.

Lagi seronok sebab baru2 nih dapat peluang berjumpa peserta masterchef
Uit gaya dia memang hebat......
Kagum la menengok dia...

 Hebat tak Masterchef nih? Guna Senduk jer dah cukup

Sempat nak senyum lagi tu

Akekeke..  inilah kiranya masterchef  tu.
Suke sangar main ngan senduk nenek dia
Aduhai...
Orang nak masak Naufal pun nak masak same

me: nak blaja masak la cenggini

Saturday, September 24

Buku Yang Comel

Erm sebenarnya dah lama dah Naufal dapat hadiah nih
Cume terlambat nak update
Naufal dapat hadiah dari auntie muza

Buku yang sangat Comel
Nuufal suke membelek2 n main ngan buku nih



Naufal ucapkan tq bebanyak pada auntie muza ye..
muahhh muahh

me: tq kak muza... nanti nak laie.. Akekkeke

Thursday, September 22

Mari Bersahabat

Kadang2 kita perlu memberikan ruang untuk biarkan anak kita mencari sahabatnya kan
Tengok macam mana cara dia nak berkawan
Erm baru2 nih ada pergi satu majlis...

So sempat la tengok gelagat Naufal cuba nak berkawan

Terusik juga di hati melihat cara dia cuba untuk berkawan...

Mule2 Naufal duk jer sensorang kat sudut dinding

 Pastu bila tengol ramai kawan2 Naufal pun datang mengahmpiri

 Mana nak duduk nih erk?

 Hai kawan2 saya Naufal... Boleh kjoin tak?

Pas tu pergilah memain bersama
Hehhehe


Seronok jugak menengoknya.. macam aku perhatikan aje tanpa masuk campur... Kene bagi ruang untuk anak2 berfikir kan? Sebab sekarang mindanya sedang berkembang kan? Dia sedang berusaha untuk 'explore' semua benda.

me: ummi n abah sentiasa doakan Naufal menjadi yang terbaik dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat

Wednesday, September 21

Tetamu VIP

Erm hati terasa tiba2 nak watkan passport untuk si kecik nih..
Manalah tahu ada rezeki Naufal nak g jenjalan kat  mana2 ke?
(Dalam malaysia pun x habis jalan kan... huhuuhu)

Tapi memandangkan ummi nih kuli yang berjaya
so kene la tunggu masa yang sesuai kan?

Alhamdulillah akhirnya dapat juga buatkan Naufal passport antarabangsa


Naufal sedang bersantai sambil menunggu proses nak wat passport



Pandang mana ajelah si kecik nih

 Kene amik gambar ngan ummi sekali

 abang n kakak imigresen yang sedang wat passport untuk Naufal

 Naufal datang menengok2.. ok ke ada masalah ke?


Ada apa2 x nak Naufal sign?


Erk, nape macam lain macam jer kat imigresen nih erk?

Hehehe
inila yang dinamakan REZEKI ALLAH

me: pasnih boleh la Naufal ikut abah erk.. akekkeke

Wednesday, September 14

Hati Yang Berduka

Doa Nabi Yunus as

Nabi Yunus as adalah salah seorang dari nabi-nabi Ilahi. Beliau as menyeru umat kepada tauhid dan pengesaan Tuhan dalam jangka waktu yang lama. Akan tetapi seruan dan tabligh lama ini tidak memberikan hidayat kepada umat dan mereka berkeras kepala kepada kekafiran. Pada saat inilah nabi Yunus as merasa marah terhadap kebodohan dan kekafiran mereka, sebelum meminta izin kepada Allah swt beliau as telah keluar dari kota tersebut dan menuju ke gurun. Beliau as terus pergi hingga sampai ke laut. Dengan kekuasaan Ilahi seekor ikan besar membuka mulutnya dan menelan nabi Yunus. Nabi Yunus as terpenjara di perut ikan tanpa dikunyah olehnya dan beliau as menyadari ini adalah balasan perbuatan kepada beliau as yang melepaskan tugas tanpa seizin Allah swt.
Dalam persyaratan demikian dengan hati yang patah dan terputus dari harapan dari semua tempat beliau as berdoa dan mengatakan:


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”[1]

Allah swt di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”[2]
Nabi Yunus as yang selamat dari perut ikan dan laut yang dalam, kembali ke tempat yang diperintahkan semula dan umat yang telah sadar semasa kepergian beliau as, mengerumuni beliau as dan memilih jalan suci dan penyembahan kepada Allah swt di depan mereka.

Maklumat di atas dapat di sini

Dalam hidup ini, kadang-kadang akan ada duka yang menjelma. Kadang2 tanpa sebab, kadang2 kerana dugaan terterntu... Maka pastinya hati akan merasa resan dan gelisah...

Sekiranya hati dilanda duka cubalah amalkan membaca doa di atas..
InsyaALLAH dengan Izin-NYA hati kita akan merasa tenang dan damai. InsyaALLAH akan ada penyelesaian terbaik yang akan diberikan...

Kadang2 rasa tak terfikir apa yang akan terjadi selepas bulan 11. Apa tidaknya denggan komitmen yang dah menimbun... Namun, aku yakin rezeki ALLAH ada di mana2. Telah ditentukan jalan rezeki kita semua... InsyaALLAH...



Suami dan anak yang menjadi sumber kekuatan diri ini




me: kalau telah ditakdirkan rezeki aku masih di sini ia akan menjadi milik aku jua, jika sebaliknya telah ada jalan lain yang lebih terbaik buat aku yang telah ditentukan oleh ALLAH...
Aminn

Tuesday, September 13

Irfan dan iman berhari raya

Sempena Syawal nih naufal sempatla berhari raya di rumah auntie mariam
satu opis ngan ummi
auntie mariam ada baby jugak,
namanya iman, lahir 2 minggu lepas irfan dilahirkan...

Alahai, Irfan asyik menyakat iman jer..
menangis jer si iman nih
kesian ummi menengoknya,
nape la anak bujang ummi nih suke menyakat iman?


 Gelagat Naufal cuba mengambil buku yang sedang dipegang oleh iman

 Iman dah start pandang ummi macam nak bagitahu irfan nak ambil buku dia

Eh eh eh Irfan dah bawak lari la buku si iman


Alahai anak bujang ummi nih, dia bagi balik buku Iman..

Kesian pulak menengok si iman asyik kene sakat jer ngan Irfan Naufal nih...
Menangis jer iman..

me: kesian iman kan?

Monday, September 12

Naufal bersama Auntie Nabilah


Masa Nih Naufal kene ikut ummi g Keje, sebab x ada sape yang jaga Naufal (ummi keje ari sabtu)

Auntie Nabil datang main2 ngan Naufal... Hehhe.. Eh x nampak erk wajah Auntie Nabilah nih

Nihla Auntie Nabil ni... ummi amix pic dia dia laman fb nyer..

nih gambar masa auntie Nabil bertunang....
Semoga berpanjangan ke alam pernikahan... Amin

Sunday, September 11

Naufal bersama Auntie Norita Wagi (Geng Kapal)



Kesempatan dan ruang yang tercipta untuk merakamkan kenangan bersama Kak Norita Wagi , ahli Geng Kapal bersempena grand gathering kami.
Tersangat bersyukur dengan peluang yang ada...


Saturday, September 10

Naufal bersama Auntie Mastika


Naufal bersama Auntie Mastika, naqi n Izz
Auntie Mastika ni sekelas dengan ummi masa ummi belajar dulu...
Tu yang kenal n mesra.. hehe
Dah ditakdirkan jodoh kami sama2 orang kapal....


Friday, September 9

Naufal bersama Auntie Liza Fitri (Geng Kapal)


Bersama Auntie Liza Fitri.
Naufal sangat teruja dengan tag yang dipakai oleh auntie ye...
Sangat seronok di kala ini

Thursday, September 8

Salam Aidilfitri Buat abah di Laut Biru

Di pagi Syawal, terasa ada kehibaan yang melanda.... Mungkin kerana ini merupakan tahun pertama meraikan Aidilfitri tanpa suami di sisi... Inilah lumrah buat isteri2 pelaut sepertiku....

Walaupun begitu tetap mengukirkan senyuman manis di pagi Syawal sebagia tanda kesyukuran dapat meraikan Aidilfitri kali ini.. Wah lebarnya senyuman Naufal...

Naufal rimas sebab pakai songkok... Hehe

 Selamat Hari Raya buat Abah yang berada di laut biru...
Naudal sayang abah tau

 Ala, tahun nih abah kene keje, So Naufal x boleh la nak jenjalan sgt.... Tapi takpe Naufal tunggu tetamu yang datang kat umah nenek nih la


Ape2 pun jom kita makan dulu...... Abah, Naudal sekarang dah kuat makan tau...
Nanti abah belanja makan kat kedai atoq tau....

Gambar di hari raya ke dua..

me: time raya nih rindu nak makan laksa yang abang masak.... HUhu dulu aku x makan laksa tapi sebab abang pandai masak laksa sekarang dah jadi gila laksa.. hohoho

Wednesday, September 7

Menjelang Syawal: Naufal Bakar Lemang n Masak Rendang

Kalau nak diikutkan memang dah seminggu Syawal berlalu
Tapi kene jugak upload apa yang berlaku kat kampung 
untuk tatapan abah yang tersayang...

Naufal tertido keletihan dalam car seat...
Sangat penat rasanya

Dah terjerang rendang nih, Naufal nak g bakar lemang pulak la

Naufal nak tolong pakcik usin la bakar lemang..
eh eh straight g kat bara api lak

(akibatnya ummi kene la bebel ngan nenek.. akekke)

naufal dah kene tangkap sebab nak g kat bara api..
hehe, naufal nak g memain lak la

main kejar2 ngan kakak ainnur..

last2 ummi kene keramau ngan Naufal..
Naufal x bagi ummi pakai kacamata..

ummi rabun la sayang...

me: teringat abah kat kapal, tak dapat makan lemang, rendang n laksa kan?

Naufal bersama Mama Aini

Naufal bersama Mama Aini..
Di Port Dickson
Naufal pandang mana nih?


Tuesday, September 6

Naufal bersama Mama Lieya

Masa nih ummi n abah pergi kenduri kahwin..
Auntie lieya tolong jaga Naufal sebab ummi n abah sedang makan

tq auntie liya yang comel
hehehe

Aidilfitri Pertama Tanpa Suami Di Sisi

Aidilfitri Tahun 2011 merupakan Aidilfitri pertama tidak dapat meraikannya bersama suami yang tercinta...
Pada awalnya terasalah sayu dihati...
Namun, inilah yang dinamakan pengorbanan
Telah ditakdirkan rezeki suami di laut biru, maka perlulah diredhai..

Terasa sayu ketika memandu untuk pulang ke desa tercinta, Alhamdulillah ditemani oleh Irfan Naufal, sedikit sebanyak dapat menjadi penawar hiba...

Hati rasa bagaikan mahu menjerit tatkala menerima panggilan dari suami tersayang sehari sebelum syawal menjelang...
Sempatlah memberi ucapan aidilfitri serta memohon keampunan di atas segala dosa yang pernah dilakukan..
(Ampunkan ayang ye bang...)

Rasa terharu membaca ucapan dari suami di laman facebook..
terima kasih abang...


Alhamdulillah ada laman facebook yang boleh memberi ruang kepada kami untuk bertukar berita... Maka disampaikan juga salam idilfitri buat suami yang tersayang di laman facebook


Sayu bergayut sebab suami memberi komen memohon maaf kerana tidak dapat beraya bersama...

Semua ini rezeki dariNYA dan pastinya ada hikmah atas apa yang telah berlaku...

me: Aidilfitri ini mengajar aku erti kasih sayang dan pengorbanan seorang suami... terima kasih abang...

Monday, September 5

Cinta Hati Orang Kapal... Hadiah Syawal yang bermakna

Baru berkesempatan nak update apa yang berlaku sepanjang syawal... Almaklumla kampung halaman tempat jin bertendang line broadband pun x ada... Hehehe

Tapi, ada satu entry yang rasa tak sabar sangat nak post.....

Semalam ummi dan Naufal telah pulang ke Seremban...
Sempat singgah di Family Store untuk membeli barangan keperluan....
Entah macam mana tergerak hati nak menelek2 majalah JELITA septermber 2011......

Ya ALLAH, mungkin ini yang dinamakan rezeki Syawal,
cerpen ku CINTA HATI ORANG KAPAL tersiar di majalah Jelita edisi Septermber 2011....
Rasa Seronok sangat sebab inilah luahan rasa buat Suami yang Amat disayangi dan dikasihi...

Suamiku inilah ilhamku yang didedikasikan khas buatmu yang berasaskan luahan hati ini....
Terima kasih suamiku atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan buat diri ini selama ini...
Dipanjatkan doa ke hadrat ILLAHI agar kasih sayang yang terbina antara kita akan berkekalan hingga akhir hayat......
Amin......








me: ayang sayang abang... :)

Naufal bersama Auntie Mell Burhan


Masa ambil gambar ni, Naufal n ummi g grand gathering geng kapal
Tq auntie mell sebab sudi amik gambar dengan Naufal
 Macam rupe auntie mell la budak tecik nih.. heheh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...