Ikuti Blog ini

Saturday, March 31

Naufal Malu Malu Kucing Jumpa Abah

31 Mac 2012
Suami yang amat dikasihi akan pulang ke rumah setelah 3 bulan berada di lautan untuk mencari rezeki.
Terasa sangat berdebar-debar
Tak tau nak pakai apa.. Hahaha
Beli Baju Baru tau.. Khas untuk jumpa suami yang tersayang

Masa dalam perjalnana ke LCCT hari nih memang terasa debaran
Bibir sentiasa menguntuk senyum
Hati sentiasa mendoakan agar Suami selamat tiba


Masa sampai Naufal tido pulak
sebab tak ada parking kenela tunggu dalam kereta dulu

Memang kelakar dengan gelagat Naufal
sebab dia duduk depan dalam car seat
abahnya drive
mula2 dia jeling jeling tengok
muka malu malu jer
lepas tu start cuit cuit n pegang2 abah dia
Hahahhaha

Last last mengikut jer mana abah dia g
Abah dia g toilet pun dia panggil

Semoga dapat meluangkan masa dengan suami dalam kesibukan yang melanda diri ini...

Wajah Riang Naufal....


Friday, March 30

Al Fatihah Buat Nur Humaira Naila

Pada 28 Ogos 2012 yang lalu
ummi telah kehilangan anak Buah yang berusia sebulan

Memang Berita yang diterima sangat mengejutkan
Lebih2 lebih lagi masa tu ummi sedang berkursus di Kuala Lumpur
Dahla datang KL tu dengan Komuter
Terfikir macam mana nak balik nih

Nur Humaira Naila merupakan anak kepada adik ummi
sebenarnya masa dia dilahirkan 12 februari 2012 hari tu di Hospital Kuala Pilah
ususnya yang terkeluar
So terus bawa ke Hospital Kuala Lumpur
kiranya Humaira memang tak keluar wad lagi la semasa di dijemput ILLAHI

 Masa jumpa adik n adik ipar ummi
ummi jadi kelu nak tanya macam mana saat pemergiannya
sebab ummi sangat bersedih hati
Tapi adik ipar ada bercerita
2, 3  hari sebelum Humaira Meninggal dia dah tak duduk dalam inkubutor dah duduk dalam baby cot
tapi nurse tak bagitau pun walaupun hari2 adik ipar dok menalipon

Ada satu peristiwa tu adik ipar tengok mesin pernafasan yang dipasang pada baby tu macam lain macam bacaannya tapi bila tanya pada nurse, nurse tu jawab memang macam tu
Nak dijadikan cerita doktor pakar masuk dan tanya pada nurse tu yang mesin tu ada masalah
jawapan nurse tu pada doktor pakar tu ' saya tak perasan'
ummi geram sangat dengar cerita tu
Dia menipu bukan tak perasan dah diberitahu
Entahlah kalau dia yang alami nanti barulah dia tahu rasanya

Tapi ummi tengok adik ummi sabar sangat
sedih sangat hati ummi sebenarnya
tapi harap adik n adik ipar ummi sabar la

Sekurangnya baby tu telah menjadi saham yang akan membantu mereka di akhirat kelak......

Buat semua teman dan pembaca doakanlah husin n fatin (adik n adik ipar ummi) sabar menempuhi dugaan ini. Mata yang melihat pun rasa tidak tertanggung inikan pula bahu yang memikul
Harap keduanya tabah

Me: Harap NUrse kat luar sana tak bersikap sambil lewa la....

Monday, March 26

Baru Nak kemas Rumah???

Alahai Peningnya
Sebab dapat khabar suami dah standby nak 'off'
Rumah macam tongkang pecah nih
Hehehe
Sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan

Erk cemaman nak kemas ngan si Naufal yang mengekor je mana ummi gi nih...
Nasib baik la Mummy Naufal balik seremban
Apa lagi minta tolong dia la jaga Naufal
Hehehhe

Tq yer ka Nuyin sebab jagakan sikecik tu
dapatla ummi mengemas umah ummi yang tak tau nak cakap cemana tu
Hehehe

Memangla tak tau abah Naufal 'off' bila
tapi kene standby jugak 
takuut abah terpengsan lak nanti
Wakakakkaka

Pinjam gambar kat internet





Me: Lain kali kemas umah erk... Erk Erk Erk cemana nak dating nih?

Thursday, March 15

Selamat Hari Lahir Sayang

15 Mac 2012
ULang Tahun Kelahiran Suamiku Yang tersayang

Selamat Hari Lahir Buat Suamiku Yang Disayangi dan dikasihi
Ayang Doakan semoga abang dimurahkan rezeki dari sumber yang tidak diduga
Dikurniai kesihatan yang baik
Diberikan segala yang terbaik buat hidup abang

Hari nih ummi ada buat Kek sempena birthday Abang Sayang
Tapi bagi kawan2 opis jer makan

Coklat kek yang menjadi santapan kawan2 ummi untuk abah nanti Naufal tolong buat erk

Sumber Resepi dari blog kawan saya nih Risik Resepi
Nak Dijadikan cerita Hari nih Jugak Naufal Demam
Suhu tinggi awal pagi tadi 38C
Kesiannya anak ummi nih
Dah bawak g klinik tadi hope Naufal sempat sembuh

NIh Pose dari Naufal n Ummi untuk abah
walaupun Naufal demam tapi boleh senyum lagi
sebab ummi cakap nak amik gambar nih nak tunjuk kat abah...

Selamat hari lahir buat abah... x ada hadiah la nak kasi.. Hehehe

Me: Hanya Kasih sayang dari hati ini yang dapat dijadikan hadiah buatmu Suamiku...

Wednesday, March 14

Aku Maafkan Kamu – Malique & Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



me: Adakala mudah untuk memaafkan jika tidak bersua muka...... Kerana hati manusia adalah tersangat rapuh...

Tak perlu kita bertemu cukup kau tahu yang aku maafkan kamu

Tuesday, March 13

73 Hari Yang Berlalu


Geng Futsal Efogen



Geng2 Efogen



Mari Makan Lobster



Pantasnya Masa Berlalu
Suami dah 73 Hari Rupanya berada Di Lautan
Rasanya Kawan2 Yang Membaca Blog nih hanya perasaan entry saya yang suami baru balik

Disebabkan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan menyebabkan
Blog ini seolah terbiar layu sahaja
Blog ini sekadar ingatan buat diri ini di masa hadapan
mengenai catatan yang pernah berlaku dalam kamus hidup ini

Tiada manusia yang mengetahui bilakah dia akan kembali menemui PenciptaNYA
maka catatan ini khas buat yang tersayang


Sedar2 tak sedar dah 2 bulan lebih suami kembali bekerja
maksudnya dalam sebulan lebih lagi InsyaALLAH akan ada pertemuan antara kami kembali

Semoga dipermudahkan segalanya

rindunya hanya ALLAH yang lebih memahami


Tempek la pix suami yang di'kidnap' dari FB dia.. sebagai penawar Rindu


Me: Semoga Sihat hendaknya.... Nanti kalau kita berjumpa ayang dah lain sikit.. Hehehe







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...