Ikuti Blog ini

Wednesday, January 26

Permata Hati Ummi dan Abah

Kata Orang Penantian itu suatu penyiksaan apatah lagi sering dihujani dengan beribu pertanyaan, 
"Bila nak ada baby nih?"
Aku hanya membalas dengan senyuman
Mungkin sebab saya nih garang so orang x berani nak tanya lelebih...
Muahaha Ada yang Berani ke? Mai la Tanya...

Aku Yakin pasti ada hikmahnya penantian nih...
Bukankah sabar itu buahnya manis...
Maka aku terus menanti dalam senyuman...
Dalam hati tetap setia berdoa agar dikurniakan dengan seorang zuriat
Lebih2 lagi suami yang tercinta sukakan budak-budak...

Tergerak hati untuk mencuba urut tradisional
Lebih2 lagi hubby cakap dia nak balik
Mungkin telah ditakdirkan rezeki kami
Sekali sahaja aku pergi berurut
Terus dapat 'rezeki'
Alhamdulillah

Ya ALLAH bersyukur sangat dengan rahmat dan kasih sayang dariMU
Sukar untuk mempercayainya
Di awal mengandung aku tetap aktif seperti biasa cuma cepat sangat nak marah n tekak tiba-tiba tak boleh nak makan ayam... kalau tak asyik ayam goreng ayam goreng jer
Terkejut kawan2 opis kejap

Bila doktor sahkan... 'Awak mengandung'
Dalam hati rasa sangat bersyukur
Terima kasih Ya ALLAH

6 Ogos 2010 jam 3.11 petang aku telah bergelar seorang ummi dan suamiku telah menjadi abah...
Detik yang sangat bermakna kepada kami


Sehari selepas Ahamd Irfan Naufal Dilahirkan....

Hati merasa sangat terharu dengan mesej dari hubby untuk memberitahu kelahiran bayi kami kepada kawan-kawannya...
"Tepat pukul 3.11 petang 6 ogos 2010, Lahirlah Seorang Bayi yang berBINkan AHMAD KHAIRI dengan selamatnya di Hospital Kuala Pilah N9. Syukur ALHAMDULILLAH"

Rasa terharu sangat2 bila baca mesej tersebut.. Rasa sangat dihargai dan dikasihi... Terima kasih suamiku.. Luv You So Much


Comelnya budak kecik nih.. Awal2 dia putih melepak... 
Tak taula ummi n abah dia gelap.. 
Akekkekke


Nampak sangat tembam dan bulat macam abahnya..
Tapi hensem tau... 
Bakal jadi hensem cam abah la anak ummi ni...

Permata hati Ummi n abah
Ahmad Irfan Naufal
Semoga membesar menjadi Hamba ALLAH yang beriman, beramal & bertaqwa

Kepada Encik suami terima kasih yang tidak terhingga sebab menjaga ayang dengan penuh kasih sayang dan kesabaran sepanjang tempoh berpantang dahulu....
Sangat terharu sebab abang sentiasa nk suapkan ayang makan...
terima kasih suamiku......






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...