Alhamdulillah, dengan Izin dan limpah kurnia dari-NYA… hari ini anakanda tersayang telah berusia setahun….
Terasa pantasnya masa berlalu…. Setahun terlalu jauh ditinggalkan…. Terasa bagai semalam kami mendapat khabar gembira bahawa diri ini mengandung………
Sedar2 Irfan Naufal telah berusia setahun…….
Ya ALLAH terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mengurniakan kepada kami RezekiMU yang tidak terhingga….
Melihat anak membesar merupakan pengalaman yang sanga bermakna dan tiada tolok bandingan nilainya….. entahlah kadang2 terasa anakku tetap kecil di pandangan mata ini…. Dia tetap seperti bayi yang baru dilahirkan….
Ya ALLAH aku memohon kasih sayangMU agar zuriatku akan membesar menjadi Hamba ALLAH yang beriman, beramal dan bertaqwa… Tentukanlah sesuatu yang terbaik buatnya Ya ALLAH……….
Buat suamiku yang sangat dikasihi..... terima kasih abang di atas kaih sayang yang telah abang curahkan buat ayang dan baby selama ini....
Masih ayang ingat betapa baiknya abang menjaga ayang selama ayang berpantang dahulu..... Betapa abang dengan penuh kasih sayang menyuapkan ayang makan. Abang juga sanggup memandikan baby sepanjang 44 hari ayang berpantang... Malah setiap malam abang berjaga menjaga baby, sedangkan ayang enak beristirehat melayan lena yang panjang.........
Terima kasih suamiku......
Seronok melihat anakandaku membesar....... Ya ALLAH Bantulah diri ini dan suamiku untuk mendidik zurait kami ini dengan sebaiknya...
Nota Kaki: Akan upload lagi gambar budak tecik nih.. Card Reader dah g jenjalan la.. Akekeke
hepi birthday irfan naufal...
ReplyDeleteselamat hari lahir irfan
ReplyDeletehappy belated bday naufal....
ReplyDelete