Ikuti Blog ini

Monday, June 27

Perpisahan Dalam Kebahagiaan Part 1

Terasa terlalu pantas masa yang berlari pergi.. Rupanya telah 4 tahun berlalu.. 4 tahun lalu aku telah memulakan kerjaya di opis ini bersama 4 lagi rakan yang lain.. Walaupun pengambilan kami adalah secara kontrak namun kami bersyukur kerana inilah rezeki buat kami semua... Allah telah menentukan bahawa di sinilah rezeki kami.. Walaupun taraf kami "kontrak" tapi kami berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan kerja yang menepati piagam jabatan...
         Setelah 4 tahun berlalu, akhirnya Kak Norin ( one of my best fren here) perlu mengambil keputusan untuk meninggalkan opis ini.. Memandangkan masih tiada keputusan samaada kami akan diserap tetap atau akan di 'terminate'. Maklumlah suaminya telah memohon untuk beliau berpindah untuk tinggal bersamanya. Maklumlah weekend hubby n wife...
     Memang terasa berat.... Dan sukar sebenarnya untuk menghadapi perpisahan ini sebenarnya... Aku sudah terlalu serasi dengan beliau... Sudah terlalu biasa dengannya. Maklumla telah biasa bekerja dengan beliau... Walaupun mulutnya 'bising' namun hasil kerjanya tidak memeningkan aku..... Hehhehe
        Hanya Seminggu sahaja  lagi kami akan bersama-sama di opis ini... Sebenarnya sebak sudah lama menjengah ke tangkai hati ini. Namun, tidak boleh untuk dipamerkan.. kerana pemergiannya demi kasih sayang seorang suami... BUkankah tempat seorang isteri di sisi suaminya......


    Kak Nurin, terima kasih atas segalanaya selama ini....

Bakal bersambung..
Kisah Suka dan Duka kami Di sini...
Tunggu........

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...