Ikuti Blog ini

Monday, June 27

Perpisahan Dalam Kebahagiaan Part 1

Terasa terlalu pantas masa yang berlari pergi.. Rupanya telah 4 tahun berlalu.. 4 tahun lalu aku telah memulakan kerjaya di opis ini bersama 4 lagi rakan yang lain.. Walaupun pengambilan kami adalah secara kontrak namun kami bersyukur kerana inilah rezeki buat kami semua... Allah telah menentukan bahawa di sinilah rezeki kami.. Walaupun taraf kami "kontrak" tapi kami berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan kerja yang menepati piagam jabatan...
         Setelah 4 tahun berlalu, akhirnya Kak Norin ( one of my best fren here) perlu mengambil keputusan untuk meninggalkan opis ini.. Memandangkan masih tiada keputusan samaada kami akan diserap tetap atau akan di 'terminate'. Maklumlah suaminya telah memohon untuk beliau berpindah untuk tinggal bersamanya. Maklumlah weekend hubby n wife...
     Memang terasa berat.... Dan sukar sebenarnya untuk menghadapi perpisahan ini sebenarnya... Aku sudah terlalu serasi dengan beliau... Sudah terlalu biasa dengannya. Maklumla telah biasa bekerja dengan beliau... Walaupun mulutnya 'bising' namun hasil kerjanya tidak memeningkan aku..... Hehhehe
        Hanya Seminggu sahaja  lagi kami akan bersama-sama di opis ini... Sebenarnya sebak sudah lama menjengah ke tangkai hati ini. Namun, tidak boleh untuk dipamerkan.. kerana pemergiannya demi kasih sayang seorang suami... BUkankah tempat seorang isteri di sisi suaminya......


    Kak Nurin, terima kasih atas segalanaya selama ini....

Bakal bersambung..
Kisah Suka dan Duka kami Di sini...
Tunggu........

Tuesday, June 21

Naufal Yang Demam

Erm minggu lepas Naufal demam...
Kesian budak busyuk ummi tu....
Hari Rabu 15 jun 2011 masa amik dia dari umah pengasuh, badan dia dah panas...
bila cek suhu dah 39 C terus bawak g senawang klinik Pakar Kanak2
Tambah2 ada ruam2 merah kat satu badan

16 Jun 2011 keje la macam biasa...
tapi kesian jugak la kat naufal sebab kene tinggal ngan pengasuh
tapi sebab keje terpaksala tinggal

malam tu kami tidur awal,
lebih kurang jam 12 tgh malam terjaga sebab naufal dah merengek2 cek suhu dah 39 C balik
dalam blur blur tu terus bawak Naufal g Hospital Tuanku Jaafar

Sampai2 pergi kat emergency, lepas saringan dia minta pergi Observation Room
lepas nurse tu letak ubat kat dubur tunggu turn utk jumpa doc
lebih kurang kul 1 lebih gak la sampai la turn jumpa doc

pastu doc tu tanya la mana dapat calamine lotion 
sebab ummi dah sapu kat naufal pada bahagian yang merah2
dengan jujurnya bagitahula doc ari tu dah pergi pakar kanak2 kat senawang
Doc tu cakap 'awak kira dah downgrade la sebab jumpa kami nih'

lepas tu tanya la kat doc pasal merah2 kat badan naufal
doc tu cakap kene follow up kat pakar senawang
sebab awal2 dah g sana

masa tu rasa x kisah juga, tapi dalam hati rasa kecewa jugak sebab dah tgh2 malam nih
mana klinik pakar tu buka....
tapi x pelah mungkin itu yang terbaik...

sebelum balik sempat doc tu tanya...
'datang dengan sapa?"

selambala saya menjawab 'berdua dengan anak je"

dia mempamerkan wajah terkejutnya itu.. hahhaha
jangan terkejut berukk dah doc

'suami saya kelasi kapal doc... sekarang sedang belayar'

saya pun nak kesihatan anak saya baik2 sebab tu sanggup redah tengah2 malam tu sendirian
kalo nak tunggu sampai esok takut ada perkara yang tak bagus berlaku
saya menjaga amanah suami....
saya perlu kuatkan semangat...


Source: http://hospitalseremban.tripod.com/

Friday, June 3

Jarak Yang Memisahkan

Hari ini terbaca di blog Geng Kapal tentang full time housewife n berkerja...

entry yang dipaparkan membuatkan aku termenung seketika....

Entahlah tetiba hati rasa mahu menulis sesuatu mengenai perkara itu.....

Berkerja atau tidak tanggungjawab adalah sama

Menjaga AMANAH suami dengan sebaiknya

Sebagai seoarang isteri kepada kelasi kapal banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi
Hidup ini sebenarnya terlalu indah....

Walauapapun perlu berbincang dengan suami agar suami sentiasa redha...
Rezeki adalah kententuan ILAHI, namun kita juga perlu berusaha untuk memperolehinya....

Aku kagun dengan rakan2 yang membuat bisnes online
Yang berusaha untuk menambah pendapatan walau ada antara mereka suaminya memiliki pendapatan yang agak lumayan...

Mungkin ada yang terfikir gaji suami dah banyak buat apa la nak susah2 carik duit lagi?
Tapi aku yakin sahabat-sahabatku itu mempunyai alasan yang tersendiri. Aku yakin mereka berusaha untuk kebaikan keluarga yang tersayang....

Aku juga ada usaha untuk menambah pendapatan keluarga, Si Kecik Shop tempat untuk aku berusaha menambah pendapatan...
KENAPA? Suatu Hari Nanti bila tiba masa yang sesuai akan aku luahkan kenapa aku perlu berusaha sebegini....

Apa yang penting berkerja atau tidak semuanya bergantung pada hati........... 
Jagalah amanah suami dengan sebaiknya........

Buat semua teman,
jangan biarkan bicara mereka yang kurang memahami melemahkan semangat kita......

Kuatkan hati, Tabahlah....

Setiap dari kita adalah wanita yang terpilih untuk menjadi isteri kepada kelasi
ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua...


Suami dan Anak yang Dikasihi

Wedding LIyana & Rosmad

29 mei 2011 
ummi n Naufal pergi kenduri kawin auntie liyana
adik angkat umi yang tersayang
sejak umi darjah 6 lagi...

hehehe
tgk si naufal nih menengok auntie liyananya
auntie cantik yer?

Kepada adindaku yang dikasihi,
Akak ucapkan tahniah....
Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hingga akhir hayat
Hiasi rumahtangga dengan kasih sayang yang suci murni
Tabahkan hati menepuhi dugaan yang mendatang....

Akak gembira dengan pernikahan adik
Semoga Liyana & Rosmad akan berbahagia dalam menempuhi alam rumahtangga

Hepi for you sayang...

Naufal yang nak melepaskan diri..
Hehe awak belum boleh jalan la..
Budak Busyuk ummi nih...


Wednesday, June 1

Naufal yang dah pandai Duduk....

 Di usia 9 bulan Irfan Naufal dah boleh duduk.. 
Alhamdulillah
Dia x merangkak dulu..
huhuhu

Naufal belajar duduk dulu tau...

Mari tengok aksi2 budak busyuk ummi nih


 Erm, apalah yang nak dicapainya nih...
sedang berusaha mengambil sesuatu


Owh getah sayur rupenye...
Seronoknya dia dapat mengutip getah tu

Mari bermain2 ngan getah nih

* erk abah dia dah beli banyak mainan dah getah jugak yang menjadi pilihan...


Yeye ummi amik gambar saya la... kene posing nih

Senyuman manis naufal menampakkan 4 batang gigi yang dah tumbuh..........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...